LAWATAN PROOF OF CONCEPT KE APMM LANGKAWI
 
Tarikh: 27/01/2022 (Khamis)
Masa: 3.00 petang
Tempat: APMM, Langkawi
 
Akademi Koreksional Malaysia dengan anjuran Maxis telah mengadakan Lawatan Proof of Concept ke APMM Langkawi. Lawatan ini bagi melihat dengan jelas bagaimana yang dikatakan Bilik Persidangan dilengkapi conference system yang canggih.
 
Lawatan tersebut telah disertai oleh:
1. Puan Rosnani, Pengarah Teknologi Maklumat IPPM
2. TKP Dr Kamsiah binti Kamin, Pengarah AKM
3. PKP Abd Zaini bin Ibrahim, Timb. Pengarah AKM
4. PP Mona Azura binti Ismail
5. IP Noor Shuhana binti Osman
6. En. Mohd Shaiful Noredzuan bin Mohd Roslan
7. En. Mohamad Adha bin Azali
 
Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Bin Abdullah. Dalam taklimat tersebut telah diadakan satu sesi simulasi persidangan di antara APMM Langkawi dan Ibu Pejabat APMM di Putrajaya.
 
Diharapkan dengan lawatan ini akan memberi inspirasi kepada AKM untuk menyediakan bilik persidangan yang canggih bagi mengendalikan kursus-kursus secara atas talian seperti Kursus MTCP yang dijangka akan berlangsung pada 08-12 Ogos 2022.