Tarikh: 13/03/2022
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Pentadbiran, AKM
 
Akademi Koreksional Malaysia (AKM) telah menerima lawatan dari Pegawai Psikologi dari Prison of UK iaitu Miss Barbara Mills yang diiringi oleh PPP Lim Lee Lee dari bahagian Pembangunan & Profesionalisme (Piawaian) Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM).
 
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pendapat, perkongsian dan juga perbincangan berkaitan “Leadership”.
 
Taklimat dipengerusikan oleh TKP Dr. Kamsiah Kamin, Pengarah AKM. Hadir bersama dalam sesi perbincangan ialah PKP Abd Zaini bin Ibrahim, Timbalan Pengarah AKM serta beberapa orang pegawai kanan iaitu PP Mona Azura binti Ismail, PP Mohd Mazairi bin Majid, KIP Wan Azmir bin Wan Mustafa dan IP Mohamad Sofi bin Musa.