Tarikh: 1 April 2022
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Kuliah Bougenvilla, AKM
 
Majlis Penutupan Kursus Ketua-Ketua Institusi Jabatan Penjara Malaysia Bil 1/2022 telah diadakan di Akademi Koreksional Malaysia pada 1 April 2022. Majlis disempurnakan oleh YBhg. KP Dato' Narander Singh a/l Chand Singh, Pengarah Pembangunan Profesionalisme (IPPM).
 
Majlis diserikan lagi dengan penyampaian amanat oleh YBhg. KJP Dato' Haji Nordin Bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia kepada peserta kursus secara atas talian. Turut hadir menyerikan majlis TKP Dr. Kamsiah Binti Kamin, Pengarah AKM dan PKP Abd Zaini Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah AKM.
 
Seramai 20 orang peserta telah menghadiri Kursus Ketua-Ketua Institusi Jabatan Penjara Malaysia Siri 1/2022 yang merupakan ketua-ketua institusi lantikan baru. Kursus yang diadakan selama seminggu bermula dari 28 Mac sehingga 1 April 2022 berjalan dengan jayanya di atas komitmen tinggi semua peserta.