Tarikh: 25 April 2022
Masa: 08.00 pagi
Tempat: Surau Al-Hidayah, AKM
 
Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Akademi Koreksional Malaysia telah diadakan di Surau Al-Hidayah. Majlis diserikan dengan kehadiran TKP Dr. Kamsiah binti Kamin, Pengarah AKM.
 
Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dari bacaan surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas. Turut mengambil bahagian dalam majlis ini ialah PKP Abd Zaini bin Ibrahim, Timbalan Pengarah AKM, PP Mona Azura binti Ismail, Ketua Bahagian Akademik & Latihan, KIP Wan Azmir bin Wan Mustafa, Ketua Seksyen Perancangan & Pembangunan Latihan, Encik Mohamad Adha bin Azali, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat serta kakitangan AKM dan warga kerja luar AKM.
 
Tadarus Al-Quran merupakan program tahunan AKM sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak. Jawatankuasa program tadarus pada tahun ini terdiri daripada:
1. TKP Dr. Kamsiah binti Kamin - Penaung
2. PKP Abd Zaini bin Ibrahim - Pengerusi
3. KIP Wan Azmir bin Wan Mustafa - Penyelaras
4. PP Mona Azura binti Ismail - Peserta
5. PP Mohd Mazairi bin Majid - Peserta
6. TPP Norhanafi bin Nordin - Peserta
7. KIP Khazwin binti Khalid - Peserta
8. IP Noor Shuhana binti Osman - Peserta
9. En Mohamad Adha bin Azali - Peserta
10. Pn Zarina Housekeeping - Peserta
 
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap program ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.
 
"Semoga membaca Al-Quran dijadikan sebagai amalan harian secara istiqomah"