MAJLIS WARNA WARNI AIDILFITRI
PERINGKAT AKADEMI KOREKSIONAL MALAYSIA
TAHUN 2022M/1443H
 
Tarikh: 20.05.2022 (Jumaat)
Masa: 8.00 Malam
Tempat: Kafeteria AKM
 
Akademi Koreksional Malaysia telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 bertempat di Kafeteria AKM dengan tema Warna Warni Aidilfitri.
 
Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah AKM, TKP Dr. Kamsiah binti Kamin serta keluarga dan Timbalan Pengarah AKM, PKP Abd Zaini bin Ibrahim bersama isteri Puan Wan Nafisah binti Wan Kamarudin selaku Pengerusi PERSIAP AKM.
 
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Kanan, anggota dan kakitangan AKM bersama keluarga masing-masing. Majlis turut dihadiri oleh jemputan dari Parol Daerah Langkawi dan LISRAM. Majlis juga meraikan kakitangan AKM yang telah bertukar ke institusi lain.
 
Aturcara majlis diserikan dengan pemberian Duit Raya untuk anak-anak serta Cabutan Bertuah bagi kakitangan AKM yang hadir. Hadiah penampilan menarik kategori Lelaki & Wanita serta kanak-kanak juga turut diadakan. Majlis juga dimeriahkan dengan nyanyian karaoke Lagu Raya.
 
Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami seluruh warga Akademi Koreksional Malaysia.