Tarikh: 04/07/2022
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Bilik Kuliah Bougainvillea, AKM
 
Akademi Koreksional Malaysia (AKM) telah menerima lawatan dari pegawai-pegawai Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka (IPGK PM).
 
Lawatan terdiri daripada lapan ( 8 ) orang pegawai iaitu:
1. Dr. Norsiah binti Bahari - Ketua Jabatan Pembangunan Latihan IPGK PM
2. Mohd Saiful bin Thamby - Ketua Unit Khidmat Pengurusan IPGK PM
3. Dr. Mohamad Syakerul Haniz bin Mohammad Sabri
4. En. Hashim bin Kalil
5. Pn. Zurinah binti Ahmad
6. En. Azman bin Aziz
7. En. Mohd Najib bin Ismail
8. En. Affandi bin Ayob
 
Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan penginapan dan prasarana yang terdapat di Akademi Koreksional Malaysia serta dapat dijadikan panduan bagi meningkatkan kemudahan di IPGK PM.
 
Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh IP Noor Shuhana binti Osman, seterusnya sesi lawatan bagi melihat fasiliti kemudahan dan prasarana di AKM. Turut hadir bersama Ustaz Azhar bin Abd Wahab.