Tarikh: 14.08.2022 (Ahad)

Tempat: Telaga Tujuh, Langkawi

Seramai 19 orang anggota dan staf dari Akademi Koreksional Malaysia telah menghadiri program ini bagi menguji ketahanan mental dan fizikal dalam aktiviti kerja berkumpulan di Telaga Tujuh Langkawi.

Aktiviti dimulakan dengan cabutan pembahagian kepada empat kumpulan bagi pertandingan kostum kreatif merdeka. Pertandingan diadakan di Blue Pool Telaga Tujuh, Langkawi. Program ini diketuai oleh PP Mohd Mazairi bin Majid. Aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan dan kreativiti di kalangan kakitangan AKM.