Tarikh: 19-22 September 2022

Tempat: Akademi Koreksional Malaysia

Seramai 40 orang peserta telah menghadiri Kursus Pengurusan Tatatertib Bagi Pengerusi & Ahli Lembaga Tatatertib di Jabatan Penjara Malaysia.

Kursus ini disertai oleh Pengarah-Pengarah Institusi Penjara seluruh Malaysia. Kursus ini diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. TKJP Abd. Kadir bin Rais, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan).