Tarikh: 16.11.2022(Rabu)

Satu lawatan telah dilakukan di kediaman salah seorang kakitangan AKM iaitu En. Ahmad Ikhwan bin Taib (CC Ikhwan) yang mana telah menjalani pembedahan baru-baru ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Lawatan oleh biro kebajikan AKM ini diketuai oleh PP Mohd Mazairi bin Majid serta diiringi oleh pegawai kanan dan kakitangan AKM adalah bertujuan untuk melihat keadaan dan juga memberi sedikit sumbangan.

Semoga CC Ikhwan diberikan kesembuhan olehNya dan sihat seperti sediakala. Amin.