Tarikh: 26 November 2022 (Sabtu)
Tempat: Perkarangan Sekolah Kebangsaan Langkawi
 
Bertempat di SK Langkawi , Akademi Koreksional Malaysia selaku agensi yang mewakili Jabatan Penjara telah dijemput bagi mengadakan pameran sempena Karnival Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Langkawi.
 
Pameran Jabatan Penjara Malaysia diselia oleh anggota dan kakitangan AKM iaitu KIP Wan Azmir bin Wan Mustafa selaku ketua dan dibantu oleh IP Muhammad Aiman Bin Ab Manaf, SP Syaiful Hazni bin Abdullah, SP Hariyani binti Mohmod, SP Nurhafizah binti Jasni serta Puan Wan Syuhaida binti Wan Senik.
 
Pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan fungsi dan peranan Jabatan Penjara Malaysia kepada orang awam.