Tarikh: 4.12.2022 (Ahad)
Tempat: Gunung Raya, Langkawi
 
Seramai 21 orang anggota dan staf dari Akademi Koreksional Malaysia telah menghadiri program ini bagi menguji ketahanan mental dan fizikal dalam aktiviti kerja berkumpulan di Gunung Raya Langkawi.
 
Aktiviti dimulakan dengan berjalan kaki dari Tangga Helang Seribu Kenangan hingga ke puncak Gunung Raya seterusnya melakukan aktiviti berkumpulan. Program ini diketuai oleh PP Mohd Mazairi bin Majid.
 
Aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan dan kreativiti di kalangan kakitangan AKM.