Tarikh: 6/12/2022 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, AKM
 
Bertempat di bilik mesyuarat Akademi Koreksional Malaysia, telah diadakan sesi Dialog Bulanan dan Mesyuarat Agong Kelab Rekreasi dan Kebajikan Anggota-Anggota Akademi Koreksional Malaysia Bil.2 Sesi 2022/2023.
 
Sesi Dialog Bulanan dan Mesyuarat Agong Kelab telah dipengerusikan oleh Pengarah AKM, TKP Dr. Kamsiah Kamin. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, anggota dan kakitangan AKM, LISRAM dan juga dari Pejabat Parol Daerah Langkawi.
 
Agenda mesyuarat kelab:
1. Ucapan yang Dipertua Kelab.
2. Pengesahan minit mesyuarat.
3. Pembentangan laporan kewangan kelab.
4. Pembentangan laporan portfolio setiap biro.
5. Pembubaran / pelantikan AJK baru.
6. Perkara-perkara berbangkit.
7. Hal-hal lain.
 
Sesi dialog bulanan dimulakan dengan sesi soaljawab dan diakhiri dengan tayangan video bertemakan integriti terbitan Unit Integriti IPPM bertajuk "JEBAK (Tanpa Integriti Tergadai Maruah Diri)".