Tarikh: 12/01/2023 (Khamis)
Tempat: Pejabat Pengarah AKM
 
Pengarah AKM, Dr. Kamsiah binti Kamin bersama PP Mona Azura binti Ismail, Ketua Bahagian Akademik & Latihan dan PP Mohd Mazairi bin Majid, Ketua Bahagian Keselamatan Koreksional telah meluangkan masa menerima kunjungan guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Langkawi (SKL).
 
Kunjungan diketuai oleh Guru Besar, Encik Ibrahim bin Abdullah bersama Puan Zeatie Haney binti Yusoff, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Aidayanti binti Che Ahmad Penolong Kanan Kokurikulum serta lima orang guru pengiring.
 
Perbincangan kunjungan ini memfokuskan tentang fasiliti kemudahan di AKM yang boleh digunakan oleh pihak SKL secara kerjasama GTG dengan AKM.
 
Semoga dengan kerjasama ini akan mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara kedua-dua pihak.