Langkawi, 5 & 6 Disember : YBhg Datuk Haji Nordin bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara telah mengadakan lawatan (recce) sempena persiapan bagi Persidangan Asean Regional Correctional Conference (ARCC) 2024. Turut bersama dalam lawatan ini ialah Mr. Dave Thomas, Deputy Head of Mission in British Embassy Bangkok, Thailand.
 
Lawatan ini turut disertai oleh TKP Hafidz bin Othman, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa dan Pemindahan, TKP Zainah binti Pardi, Pengarah Penjara Negeri Kedah, TKP Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia serta pegawai-pegawai kanan penjara.
 
Lawatan (recce) ini bertujuan melihat sendiri dan berbincang persiapan untuk persidangan ARCC anjuran Jabatan dengan kerjasama British Government yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 Januari 2024.
 
YBhg. Datuk KJP juga meluangkan masa mengadakan lawatan ke lokasi Corporate Smart Internship (CSI) di Syarikat Adinora Enterprise, Langkawi yang menempatkan seramai 13 Orang DiParol (ODP).
 
Program diakhiri dengan sesi ‘Breakfast Talk With KJP’ bersama warga AKM.
 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Koreksional Malaysia (AKM) dalam proses menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan dan keberkesanan pelaksanaan kursus secara bersemuka yang telah dilaksanakan pada tahun 2023 untuk ditambah baik dalam Pelan Operasi Latihan pada tahun hadapan.

Sehubungan dengan itu, pihak kami akan menjalankan kajian tinjauan secara atas talian (Online Survey) bagi menambah baik mutu perkhidmatan yang telah disediakan.
Kami amatlah berbesar hati dengan kerjasama anda dalam mengisi borang kajian ini.
 
 

 

Kolokium Perkhidmatan Korektif.....

Read more: KOLOKIUM PERKHIDMATAN KOREKTIF

 

Executive Talk Bersama YBhg. TKJP Dato' Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional) telah.....

Read more: EXECUTIVE TALK BERSAMA TIMBALAN KOMISIONER JENERAL PENJARA (KESELAMATAN & KOREKSIONAL)