Tarikh : 27 Februari 2023 - 1 Mac 2023

Tempat : Bilik Kuliah AKM.

Jumlah Peserta Kursus : 14 Orang

Bengkel Pembinaan Modul Kaunseling Koreksional (MKK) Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan di AKADEMI KOREKSIONAL MALAYSIA, Langkawi.

Modul ini akan digunakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Hendry Gurney dan Sekolah Integriti di Jabatan Penjara Malaysia.

Bengkel ini telah di ketuai oleh Pn.Halawiah Safinaz (Ketua sektor Pendidikan, Jabatan Penjara Malaysia) dan di bantu oleh rakan Kaunselor dari BPsK,KPM, JPN Kedah, JPN Putrajaya, JPN Sabah dan guru-guru Kaunseling dari Sekolah Hendry Gurney dan Sekolah integriti.