LAWATAN KERJA RASMI KE AKADEMI KOREKSIONAL MALAYSIA OLEH PENGARAH BAHAGIAN KEWANGAN IBU PEJABAT PENJARA MALAYSIA (IPPM)

Tarikh : 27 Ogos 2023 (Ahad)

Tempat : Kawasan AKM

Akademi Koreksional Malaysia telah menerima lawatan kerja rasmi oleh Pengarah Bahagian Kewangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia iaitu En. Mohd Sazali Bin Mohd Zin. Turut bersama dari Bahagian Kewangan IPPM ialah Pn. Jamilah binti Abdul Jabbar (Penolong Pegawai Tadbir), En. Mohd Fadzil bin Mazlan (Pembantu Tadbir Kewangan), Pn. Olivia Awe Jalong (Pembantu Tadbir Kewangan) dan Pn. Nor Aida binti Abd Ghani (Pembantu Tadbir Kewangan).

Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat keadaan kemudahan penginapan dan prasarana yang terdapat di Akademi Koreksional Malaysia yang memerlukan pembaikan, penyelenggaraan bagi meningkatkan kemudahan di AKM.

Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh TKP Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman (Pengarah AKM), seterusnya sesi lawatan bagi melihat fasiliti kemudahan dan prasarana di AKM. Turut hadir ialah PP Mona Azura binti Ismail, KIP Hafizdhun bin Baharun, KIP Wan Azmir bin Wan Mustafa, Pn. Maidura binti Md Sabri, En Zariman bin Mustafa, Pn Noor Zuriani binti Zubin,dan En. Mohamad Adha bin Azali.