Program Semarak Merdeka 2023.
Tarikh : 23 Ogos 2023 (Rabu)
Tempat : Perkarangan Lobi AKM
Masa : 8.30 pagi
 
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke 66, Unit Perpustakaaan AKM dengan Kerjasama Biro Sukan Kelab Rekreasi & Kebajikan Anggota-anggota AKM serta Biro Sukan & Kebudayaan PERSIAP AKM telah menganjurkan Program Semarak Merdeka 2023.
 
Majlis Perasmian Program Semarak Merdeka 2023 telah disempurnakan oleh Pengarah AKM, TKP Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman.
Program dimulakan dengan gimik perasmian dan seterusnya penyerahan "Jalur Gemilang" kepada anggota dan kakitangan AKM serta juga warga kerja di AKM. Penyerahan ini adalah bersempena dengan Hari Kebangsaan ke-66 yang akan disambut tidak lama lagi.
 
Seterusnya adalah acara Trail Run membawa dan mengibarkan "Jalur Gemilang" oleh anggota dan kakitangan AKM di kawasan sekitar.