Tarikh: 23 Ogos 2023(Rabu)
Tempat: Pejabat Kastam Daerah Langkawi, Bukit Malut.
 
Pengarah Akademi Koreksional Malaysia (AKM), TKP Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Kastam Daerah Langkawi iaitu Tuan Azhar bin Ahmad.
 
Turut bersama dalam kunjungan hormat tersebut ialah PP Mohd Mazairi bin Majid, (Ketua Bahagian Keselamatan Koreksional) dan KIP Hafizdhun bin Baharun.
 
Kunjungan hormat ini menjurus kepada kerjasama dua hala antara AKM selaku wakil Jabatan Penjara Malaysia dan juga Jabatan Kastam Diraja Malaysia.