Mesyuarat Penyelarasan Perolehan Tanah Bagi Pembinaan Kuarters Akademi Koreksional Malaysia (AKM), Langkawi Kedah.

Tarikh: 15.3.2023 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama (BMU), AKM.
Pegawai terlibat:
 
1. YBhg. Dato' Abdul Gafar bin Yahya - Pegawai Daerah Langkawi (Pengerusi)
2. Pn. Norhafiza binti Mohd Azmi - Timb. SUB, Bahagian Pembangunan KDN
3. TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail - Pengarah PPN Kedah
4. TKP Dr. Kamsiah binti Kamin - Pengarah AKM
5. En. Amran bin Khalid - JKPTG Kedah
6. Cik Shabani binti Johari - JPPH Kedah
7. En. Rizan bin Saad - Penolong Pegawai Tanah
8. Pn. Aimidatul Syahira binti Abdul Wahab - Pegawai KDN
9. PP Omar - Pegawai Pembangunan IPPM
10. En. Nizam - Pegawai Pembangunan IPPM
11. TPP Norhanafi bin Nordin - AKM
12. En. Hasbullah
13. En. Basri
14. En. Ch'ng Chai Beng - Tuan tanah.
 
Tujuan dan hasil perbincangan:
1. Penyelarasan perolehan tanah kuarters.
2. Persetujuan penjualan tanah oleh tuan tanah bersama pihak KDN.
3. Dimasukkan dalam pelan tindakan pegawai daerah.
Pada 15.3.2023 (Rabu), jam lebih kurang 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah, telah diadakan suatu mesyuarat penyelarasan perolehan tanah bagi pembinaan kuarters Akademi Koreksional Malaysia. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Abdul Gafar bin Yahya, Pegawai Daerah Langkawi. Turut hadir Pn Norhafiza binti Mohd Azmi, Timbalan SUB Pembangunan KDN sebagai Urusetia Mesyuarat, Pengarah PPN Kedah, TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail, TKP Dr. Kamsiah binti Kamin, Pengarah AKM, En. Amran bin Khalid JKPTG Kedah dan pegawai-pegawai pejabat tanah, Kedah. Juga turut bersama pemilik tanah En. Ch'ng Chai Beng.
 
Hasil perbincangan dan mesyuarat tersebut, Dato' Abdul Gafar telah membuat pelarasan bersama semua pihak bagi memudahkan dan melancarkan proses perolehan tanah bagi pembinaan kuarters AKM. Dato' Abdul Gafar telah menjadi perantara dan pemudahcara di antara KDN, Pemilik Tanah, JKPTG, JPPH, dan Pejabat Tanah. Dalam mesyuarat tersebut juga, pemilik tanah En. Ch'ng Chai Beng telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut kepada KDN dengan menyelesaikan semua gadaian, bebanan, tanah tersebut bersama pihak bank. TKP Abdul Kadir Jailani juga memberikan pandangan untuk proses perolehan ini dibuat selari diantara penilaian JPPH dan Jawatankuasa JKPTG bagi kaedah pembelian.

Dalam mesyuarat ini juga, Pn Norhafiza telah memaklumkan kepada Dato' Abdul Gafar bahawa surat daripada Ibu Pejabat JKPTG dan Kementerian Kewangan telah meluluskan dan tiada halangan bagi perolehan tanah ini. Mesyuarat ini telah mengambil kata sepakat untuk diselesaikan bersama bagi perolehan tanah ini. Dato' Abdul Gafar juga telah meletakkan sasaran untuk memastikan proses perolehan dan projek ini dapat dilaksanakan.